Sosial Link

REKREASI

SUDOKU UNTUK TAJAMKAN MINDA



Sudoku merupakan satu lagi permainan yang dapat meningkatkan ketajaman minda. Permainan minda yang berasal diri Jepun ini mula diperkenalkan pada tahun 1979 dan mulai mendapat tempat di peringkat antarabangsa pada tahun 2005. Nama Su-doku adalah berasal daripada perkataan Suji Wa Dokushin Ni Kigaru yang bermaksud angka tunggal.

Permainan Sudoku adalah aktiviti penyusunan nombor-nombor tunggal dengan memenuhi syarat-syarat tertentu. Sudoku terdiri daripada 9×9 kotak yang dibahagi dalam 3×3 kotak kecil (sel) yang biasa disebut area (mini-grid).
Pemain dikehendaki mengisi sel-sel kosong dengan angka 1-9 (setiap sel hanya satu angka dibenarkan)

Syarat Permainan:

- Setiap angka hanya dibenarkan sekali dalam satu baris (1-9)

- Setiap angka hanya dibenarkan sekali dalam satu kolum/column (1-9)

- Setiap angka hanya dibenarkan muncul sekali dalam satu area (1-9)


Permainan ini mempunyai berbagai tahap daripada tahap mudah sehingga tahap sukar. Biasanya dikelaskan kepada 4 level iaitu Easy, Medium, Hard dan Very Hard. Permainan ini mampu merangsang otak kiri dengan melatih keupayaan logik dan sistematik. Manakala keupayaan otak kanan juga dapat ditingkatkan melalui permainan ini yang mana menuntut tahap kretiviti yang tinggi.

Sudoku Online


Sudoku requires a newer version of Adobe Flash Player.

You must have the current version of the adobe flash player to play this online Sudoku puzzle game.

No comments:

Post a Comment